Monday, 8 April 2013

Video One Shot UPM~

Salam readers ^^

Entry lepas dah update pasal simpulan bahasa kan tapi sebenarnya dalam masa yg sama ada 2 tugasan yg perlu kami laksanakan dalam satu minggu huhu. Iaitu video one shot. Maknanya kamera jgn digerakkan tapi kita yg kena bergerak. Paham x? Ala2 macam video Najwa Latif dalam Youtube tu yg cover lagu retis. Dan kitorang pun kena upload dalam youtube video menari kumpulan kitorang tu. Ha dah nampak sikit2 kan. Jadi, tugasan kali ni Dr. nak kitorang menari & miming lirik lagu yg dipilih tersebut. Hah sudah! Aku dah la badan keras macam kayu+batu & seangkatan dengannya huhu. Tapi terpaksa jugak menari walaupun nampak macam robot dah hahah. Kitorang bersepakat nak pilih lagu Robek Hatiku nyanyian Mas Idayu. Memang berdangdut la aku kali ni, x penah2. Sebelum nak shoot video tu, kitorang praktis dulu step menari & hafal sikit2 lirik lagu (nama pun nak miming kan hoho). Semalam la jugak dok praktis tu. Props pun kitorang buat malam tu jugak. Memang jadi mata panda la lepas tu. Sambil2 tu kita makan duluu hahaha. Bahulu cicah teh o suam (memang layan abis la) ^^

Keesokan harinya pagi2 lagi dah kena bangun huhu. Start shooting dari pukul 9 pagi sampaila ke pukul 11 lebih cenggitu. Inila antara reaksi2 & aksi yang menonjol ketika rakaman dijalankan.





Ha yg pakai hijau tu la pembantu jurukamera kitorang. Trimas ye Nazh Nazra sebab ringan tulang membantu kami ^^ Dan DSLR merah ditaja oleh Asrul Azuan, jugak berbanyak terima kasih sebab sudi pinjamkan :)

Lepas 4 kali take, video kitorang pun siap sepenuhnya. Memang puas hati la tapi balik ni kena pilih video yg paling the best sebab ada yg x berapa nak jadi hahaha. Walaupun dah berlatih awal2 tapi kekadang ada jugak tersalah step, maklumlah hanya manusia biasa ^^

Lepas dah rasa lega sesangat tu, kitorang pun saja suka2 shoot gambar kitorang berlima. Dan jurukameranya tentulah Nazh Nazra. Macam jurugambar profesional dah. Kalau sesapa ada nak upah dia utk kenduri kahwin, boleh la tengok2 dulu hasil kerjanya hehe. Jangan marah ye! :P



Sempat lagi kan bergambar hahaha. Nak release tension kononnya. Seharian dok menari je kejanya kan. Balik tu nak kena edit video dalam movie maker & masukkan lagu & credit semua2 tu.  Pagi sabtu tu kitorang dah upload dalam youtube. Credit to abil ^^

Bolehla tengok2 video kitorang kat dalam youtube tu, search BBM3410. Semua video bebudak Bahasa dalam Multimedia ada kat sini. Rajin2 la tengok k ^^ Support produk Malaysia! hahaha :P

Sampai ketemu lagi!



No comments:

Post a Comment