Friday 31 May 2013

BBM3410 SALAM TERAKHIR~

Salam readers! ^^

Nah tengok gambar sekeping. Tapi ni nampak flawless la sikit kan sebab cina kedai tolong edit dah hahaha.


                                                        NUR A'MIRAH BINTI MOKTAR
                                                                            156701
                                                         Ahli Kumpulan 3: Bidasari Unnie

                                                p/s: Dr. tengok banyak2 kali konfem kenal haha ^^

Dah habis pun kuliah untuk kelas Bahasa dalam Multimedia. Rasa macam x pecaya pulak boleh survive sampai ke akhir kuliah. Walawehh x sangka boleh bertahan dengan keja2 yang banyak dan menstresskan huhu. Tq Dr. Notts sebab latih kitorang keja under stress. Jadi dah biasa ni, Insya Allah senang nak adapt dengan persekitaran kerja nanti. Jasamu dikenang! :)

Masa mula2 Dr. Notts masuk kelas tu kan, ketaq jugak lutut aku ni. Hai macam serius je gayanya. Tapi sekali beliau bercakap, kelakar seyh! Memang bleh buat aku gelak la. Tapi kan muka beliau serius je time buat lawak tu. Mungkin beliau x buat lawak sebenarnya, aku yang terasa lawak sendiri. Tapi semua dalam kelas gelak je. Jadi memang lawak la kan. Apakah asyik tapi je dari tadi?

Beliau kalau bagi keja memang pantas dan tangkas setangkas degupan jantung aku ni. Dah macam rotu je kan. Tapi beliau memang terbaik la. Berikut antara tugasan2 yang beliau beri untuk kitorang buat. Entry sebelum ni dah update, kali ni untuk memutarkan kembali memori2 dulu je. Wuwuwu dah nak abis belajar dah ni. Tinggal 3 minggu je lagi. Sedih sangat. Mesti akan rindu dengan tugasan2 Dr. Notts dan beliau sendiri :(

ASAS GRAFIK



                          Nampak x muka2 bahagia dapat siapkan asas grafik dengan jayanya ^^

VIDEO ONE SHOT

 
                                                                  Selamat menonton ^^

VIDEO SERAM



VIDEO TANPA WAJAH     http://www.youtube.com/watch?v=YT2PuZT9F3U

VIDEO REALITI   http://www.youtube.com/watch?v=GCLAYYenC4A

Maafla ye. Atas sebab2 teknikal dua video ni x dapat dimasukkan. X tahu kenapa huhu. Tapi ada pautannya kalau korang nak tengok nanti ^^



VIDEO PENGAJARAN



Banyak kan tugasan kitorang huhu. Memang x menang tangan la dengan tugasan2 subjek2 lain lagi kan. Tapi subjek ni memang memberikan pengalaman yang indah2 belaka. Kat sini la kita boleh kenal mana kawan yang boleh beri kerjasama dan yang tidak. Betul cakap Dr. Notts, time ni la ada yang bergaduh tarik2 rambut bagai. Eh ada ke?

Terima kasih Dr. untuk kenangan yang indah ini. Kami akan merindui Dr. Notts. Sebenarnya dah rindu pun kat beliau sekejap hehe. Masa Dr. rotate kelas dengan Dr. Arbaie. Semua dah update status rindukan Dr. Notts. Nak datang kelas pun x bersemangat. Mesti klu beliau baca ni dalam hati mesti cakap dengan muka seriusnya, 'baru korang tau' hahaha. Melawak je ek Dr. Tup2 minggu depan beliau yang masuk. Nah ambik kau, gelabah terus. Dengan x ready pape sebab ingat Dr. Arbaie yang masuk kan. Tapi dalam hati happy gler lah.

 Dr. Notts, saya nak buat pengakuan ni. Dalam kelas Dr. la saya dapat keyakinan untuk ke depan. Sebelum2 ni malu2 kucing gitu. Nak bercakap kat depan pun ketar2. Sekarang walaupun ada jugak getarannya tapi saya lebih rileks bila berada di depan dan berhadapan dengan orang. Terima kasih banyak2 ye Dr. Sekarang saya dah bajet macam artis pulak hahaha. Terus-terang, saya pasti akan merindui Dr. Uwaa sedih la pulak. Bergenang dah mata ni, terus menitik pulak air mata ni. Baru nak cover cun.

Buat kawan2 seperjuangan, sedihnya nak berpisah dengan korang wuwuwu. Walaupun hanya 3 tahun kita di sini, banyak kenangan indah yang telah kita cipta bersama. Memori tu akan kekal dalam ingatan aku selamanya. Ya Allah, tinggal 3 minggu je lagi, x sanggup rasanya nak berpisah dengan korang semua. Especially geng MARIPOSA, korang sahabat terdekat dan terbaik aku. Aku sayang korang2 semua. Habih la banjir UPM malam ni dek air mata aku wuwuwu :( Aku sayang adik-beradik Linguistik. Moga lepas ni persahabatan kita semua akan terus berkekalan.

Sampai sini jela entry kali ni. Aku takut Malaysia pulak yang banjir lepas ni.

Sampai ketemu lagi di lain masa ^^





Thursday 30 May 2013

BBM3410 LAMAN WEB

Salam readers! ^^

Tugasan terakhir untuk kelas amali ialah LAMAN WEB. Yuhhuu akhirnya dapat bernafas lega lepas kena buat poster, kalendar dan powerpoint. Tapi pape pun, pengalaman ni sangat2 berharga dan boleh diaplikasikan pada masa akan datang. Terima kasih Encik & Cik Tutor atas didikan kalian selama ini.

Laman web ni klu korang rasa macam nak buat kan sila la taip www.weebly.com. Kat situ korang boleh bina laman web korang sendiri secara percuma tau. Macam aku kena buat ni la.

Dalam laman web ni ada aku kongsikan perihal diri aku yang serba kekurangan ni aiceh! hahaha. Ada jugak diselitkan cerpen2 yang aku buat sendiri, yang aku kopi pasta, pastu ada cerita2 nasihat, tugasan ilmiah dan aktiviti2 aku sepanjang sem ni. Jemput2 la tengok ye! ^^

penakehidupan.weebly.com

Sunday 21 April 2013

PADA USIA 23 TAHUN~

Salam readers! ^^

Patutnya entry ni diupdate pada 10.04.2013 bersempena dengan hari lahirku yang ke 23. Tapi sebab busy sangat, baru arini rasa nak update pasal ni. 

First sekali, terima kasih mak ayah kerana membesarkanku sehingga berjaya ke tahap ini. Pengorbananmu tidak terbalas rasanya. Sayang kalian hingga ke syurga.

Keduanya, terima kasih cinta kerana sentiasa berada di sisi dan tetap sabar walau perangaiku gila2 ^^ Tq juga untuk kek & hadiah! Terima kasih jugak untuk kasih sayangmu yang sentiasa harum mekar di hati ini (jiwang abis hahaha) Love u! Semoga hubungan kita berkekalan selamanya :)






Yang ketiganya nak ucapkan terima kasih banyak pada MARIPOSA sebab surprisekan aku dengan Ain! Kami adik-beradik tua sehari. Ain kakak, aku adik heheh. Whoaa terharu kot wey tetiba ada kek bagai. Ingatkan semata-mata nak makan spageti je dengan Dr. Salmah Jan. Rupa-rupanya ada kejutan di sebalik semua tu :) Sambut awal pulak tu, thanks korang! Sayang korang till Jannah. Semoga persahabatan kita diredhai Allah & berkekalan selamanya. 






Dan akhir sekali, terima kasih semua untuk kenangan yang indah ini! ^^

ANAK BUAH SULUNG~

Salam readers! ^^

Mesti seronok kan ada anak buah sendiri? Aku baru je dapat title 'mak sedara' dengan kelahiran Aisy Zayyad pada 10.02.2013 lepas. Tahniah Abang Nizam & Kak Diana. Sukanya bila ada baby kecik2 ni, geram je rasa. Bila la nak ada anak sendiri ni kan? hahaha berangan je lebih. Tapi baru 2 kali je dapat jumpa Aisy. Masa mula2 tu dia masuk wad sebab kuning tinggi sangat. Sian Aisy. Pastu dapat jumpa kejap je sebab masa tu nak hantar akak pegi Banting. Nampaknya kena tunggu raya jela baru dapat jumpa lagi.

Jom layan gambar-gambar Aisy Zayyad comey~


                                                               Tdo je kejanya heheh :)



                                                                   Ada gaya x? ^^

                                       

                                                    Akhirnya bukak pun mata. Aloo tomey2 ^^

Sampai sini je entry kali ni. Till we meet again, daaa :D

Friday 19 April 2013

BBM3410 PENGALAMAN VIDEO SERAM~

Salam readers ^^

Entry kali ni kita akan berkongsi pengalaman tentang pembikinan video seram tanpa dialog, cuma disertai dengan sound effect yang menyeramkan lagi menakutkan hahaha. Masa first2 dapat tugasan ni, memang dok pikir kena buat cite hantu je. Dah la kita ni memang penakut orangnya. Nak tengok cite hantu pun x berapa nak berani hahaha. Tapi nak kena buat cite seram plak, acaner tuu? Dr. cakap cite seram x semestinya kena ada hantu. Jadinya kitorang decide nak buat cite bunuh2, ala2 psiko sket. Klu korang penah tengok cite SAM, ha lebih kurang gitu la ceritanya. Tapi xdala gempak sampai macam tu kan. Almaklumlah masih amatur lagi hahaha. 

Setelah bercuti pertengahan semester selama 3 hari je (sadis kan dengar huhu), kitorang start shooting pada hari Rabu, 10 April 2013 bersamaan dengan hari lahirku yang ke 23. So, HAPPY BIRTHDAY to me ^^ Pengorbanan tu demi siapkan video seram ni. Masa tengah shooting ada panggilan dari member2 & keluarga yang ingat tentang hari lahirku. Time kasih la sume ye! Tapi shooting tetap shooting. Pagi2 lagi dah turun ke set penggambaran (acewahhh bajet retis plak hahaha). Siap dengan khemah, kasut sukan bagai. Masa nak pasang khemah tu ada la plak taik kucing kat situ. Haihh busuk betul. Tapi nak buat macam mana situ je port yang menghadap tasik. Kitorang plan nak buat scene di tapak perkhemahan, jadi kena la ada view tasik kan. Lepas pasang khemah je, nak terus mula shoot. Tapi rupa2nya bateri kamera suda mau abis daa. Aduhai boleh pulak terlupa nak charge semalam -_-" Apalagi, terus ke kafe makan la. Sambil tu boleh charge bateri sebar dua dulu kan hehehe. Dok tengah makan tu boleh pulak terkeluar cite hantu kat kolej. Maklumlah kolej sunyi cuti2 sem ni. Ramai yang balik kan. Belum buat cite seram pun dah rasa seram ni haihh. Nasib baik la rumetku x balik hehehe. 

Dalam pukul 10 cenggitu, kitorang pun gerak ke lokasi penggambaran hahaha. Pastu terus rakam babak demi babak. Babak first tu kena tolak, memang sakit ahh. Memang menghayati watak betul si Ika ni kan heheh. Salute ah! Tapi xpe, demi Dr, Notts kan. Sakit pun sakit la. Then babak Abil kena bunuh. Fuhh mekap dia memang nampak real la macam mayat. Takot seyyy! Credit to Ika. Hebat betul dia mekap sampai kumpulan lain import dia untuk mekap watak hantu. Sampai pulak watak diri sendiri kena bunuh. Memang macam stuntman la. Abis luka siku kena tolak pastu boleh pulak terkena akar kayu yang kat bawah tanah tu. Adoila jatuh harga hantaran nanti hahaha. Watak aku ni asyik kena tolak je kan, nasib2 ^^ Pastu take seterusnya diteruskan sampai la siap. Nak dekat pukul 1 jugak baru siap shoot. Tu pun ada lagi scene yang belum siap sepenuhnya.

Keja2 pengeditan diteruskan sampai la siap. Pastu masukkan lagu. Nak cut lagu satu2 kemain susah lagi. Terketar2 tangan nak klik start pastu end. Dah macam orang sakit parkinson je nengoknya hahaha. Nak edit tu kena buat siang2 sebab semuanya memang penakut tahap gaban hahaha. Dengar lagu je pun dah seram semacam. Ditambah dengan aras yang sunyi ni huhu. Memang bertambah2 seram la bagi orang yang penakut ni kan. Hari Selasa dah upload dalam youtube yeayyy!

Ni la hasil video seram kumpulan kami. Jom tengok!





Sampai ketemu lagi ya! ^^

Monday 8 April 2013

Video One Shot UPM~

Salam readers ^^

Entry lepas dah update pasal simpulan bahasa kan tapi sebenarnya dalam masa yg sama ada 2 tugasan yg perlu kami laksanakan dalam satu minggu huhu. Iaitu video one shot. Maknanya kamera jgn digerakkan tapi kita yg kena bergerak. Paham x? Ala2 macam video Najwa Latif dalam Youtube tu yg cover lagu retis. Dan kitorang pun kena upload dalam youtube video menari kumpulan kitorang tu. Ha dah nampak sikit2 kan. Jadi, tugasan kali ni Dr. nak kitorang menari & miming lirik lagu yg dipilih tersebut. Hah sudah! Aku dah la badan keras macam kayu+batu & seangkatan dengannya huhu. Tapi terpaksa jugak menari walaupun nampak macam robot dah hahah. Kitorang bersepakat nak pilih lagu Robek Hatiku nyanyian Mas Idayu. Memang berdangdut la aku kali ni, x penah2. Sebelum nak shoot video tu, kitorang praktis dulu step menari & hafal sikit2 lirik lagu (nama pun nak miming kan hoho). Semalam la jugak dok praktis tu. Props pun kitorang buat malam tu jugak. Memang jadi mata panda la lepas tu. Sambil2 tu kita makan duluu hahaha. Bahulu cicah teh o suam (memang layan abis la) ^^

Keesokan harinya pagi2 lagi dah kena bangun huhu. Start shooting dari pukul 9 pagi sampaila ke pukul 11 lebih cenggitu. Inila antara reaksi2 & aksi yang menonjol ketika rakaman dijalankan.





Ha yg pakai hijau tu la pembantu jurukamera kitorang. Trimas ye Nazh Nazra sebab ringan tulang membantu kami ^^ Dan DSLR merah ditaja oleh Asrul Azuan, jugak berbanyak terima kasih sebab sudi pinjamkan :)

Lepas 4 kali take, video kitorang pun siap sepenuhnya. Memang puas hati la tapi balik ni kena pilih video yg paling the best sebab ada yg x berapa nak jadi hahaha. Walaupun dah berlatih awal2 tapi kekadang ada jugak tersalah step, maklumlah hanya manusia biasa ^^

Lepas dah rasa lega sesangat tu, kitorang pun saja suka2 shoot gambar kitorang berlima. Dan jurukameranya tentulah Nazh Nazra. Macam jurugambar profesional dah. Kalau sesapa ada nak upah dia utk kenduri kahwin, boleh la tengok2 dulu hasil kerjanya hehe. Jangan marah ye! :P



Sempat lagi kan bergambar hahaha. Nak release tension kononnya. Seharian dok menari je kejanya kan. Balik tu nak kena edit video dalam movie maker & masukkan lagu & credit semua2 tu.  Pagi sabtu tu kitorang dah upload dalam youtube. Credit to abil ^^

Bolehla tengok2 video kitorang kat dalam youtube tu, search BBM3410. Semua video bebudak Bahasa dalam Multimedia ada kat sini. Rajin2 la tengok k ^^ Support produk Malaysia! hahaha :P

Sampai ketemu lagi!



Simpulan Bahasa UPM~

Salam readers ^^

Entry kali ni kita akan cerita pengalaman kena buat tugasan pasal simpulan bahasa. Ha mesti pelik kan apa kaitan simpulan bahasa dgn multimedia? hehe. Sebenarnya tugasan ni Dr. suruh pilih simpulan bahasa then lakonkan maksud simpulan bahasa tu. Lepas tu kena ambil gambar dgn sekali shot je. Nampak macam susah je kan? haihh. Masa baru dapat tugasan tu asyik terpikir2 je macam mana la nak buat benda alah ni. Then Dr. sambung arahan seterusnya (la ingatkan itu je haha). Gambar yang diambil tu mesti dimasukkan dalam slide powerpoint & masukkan lagu Melayu jugak. Kitorang bersepakat nak pilih lagu Warisan Wanita Terakhir oleh Teachers Pet ^^

Lepas tu je terus Dr. sebut satu2 kumpulan & mintak senarai simpulan bahasa yg dipilih utk ditaip kat list. Kira macam reserve simpulan bahasa utk kumpulan la. Kelam-kabut dok pikir simpulan bahasa, al maklumlah otak dah berkarat hahaha. Yang xleh blahnya muncul simpulan bahasa yang aku x penah dengar pun hahaha. Dr. pun pelik, macam direka2 plak simpulan bahasanya kikiki ^^ Kumpulan kitorang ada strategi tersendiri utk listkan simpulan bahasa tu. Sebab Dr. nak cepat, sapa lambat x dapat simpulan bahasa. Antara 5 ahli kumpulan tu, sorang tengok urutan no kumpulan kat depan & sebut nama simpulan bahasa yg dipilih dan yg lagi 4 orang tu kena pikirkan dgn pantas & efisien simpulan-simpulan bahasa. Simpulan bahasa xleh sama dgn kumpulan yg lain ye. Hasilnya dapat la 12 simpulan bahasa utk kumpulan kami. Alhamdulillah :) Antaranya mulut tempayan, sekangkang kera, anak emak, anak ikan, kupu-kupu malam, mandi kerbau, Hj Bakhil, putih mata, pekak badak, sarung nangka, mati katak & hitam manis. Habis je sebut senarai simpulan bahasa tu, Dr. suruh terus ambik shot simpulan bahasa. Jangan buang masa katanya hehe. Tapi dalam masa yang sama jugak Dr. mintak emelkan address twitter & blog semua ahli kumpulan. Abil & Hanim hantar emel kat Dr. & then aku, Ika & Ani ambik shot yg terbaik. Petang tu kitorang dapat ambik utk 2 simpulan bahasa je. Pastu malam plak sambung lagi sebab ada kelas Sejarah Kebudayaan. 

Hasilnya malam tu, dapat la siapkan semua shot. Memang berpuas hati la dgn komitmen semua ahli kumpulan. Kitorang bekerja keras siapkan semua shot sampai la pukul 1 pagi. Memang keletihan la sebab kena tukar2 baju segala, mekap bagai demi menjayakan watak yg dilakonkan tu (wah gaya dah macam retis la plak hahaha) :P 

Jom kita review hasil shot simpulan bahasa daripada kumpulan kami ^^ 


                                                                      Hj Bakhil




                                                                  Kupu-kupu malam




                                                                     Sarung nangka





                                                                          Anak emak




                                                                           Mati katak





                                                                           Pekak badak




                                                                            Anak ikan

7 shot ni je yg berjaya. Lagi 5 direject oleh Dr. huhu. Alamatnya kena buat balik la then emelkan pada Dr. Tapi aku bangga la sebab majoriti coursemate bagi support antara satu sama lain. Memang terbaik la pengalaman kali ni. Yang paling mendapat sorakan besar part kupu-kupu malam tu la. Malu i huhu :P Hasil kerja group lain2 pun memang DAEBAK!!! 

Sampai ketemu lagi ^^