Salam readers ^^
Kebelakangan ni banyak sangat aktiviti sampai x sempat nak update kat sini huhu. Penatnya mengalahkan menteri haha (bunyi macam busy sangat je kan). Jadinya, entry kali ni kita kasi rewind aktiviti yg x sempat diupdate ye :)
First aktiviti lepas asas grafik tu ialah ASAS FOTOGRAFI. Sebelum masuk kelas, Dr dah pesan suruh bawak kamera, laptop & usb. Kita ni xdak kamera, jadinya kena la pinjam kat orang huhu. Kawan kita yang baik hati kasi pinjam kamera nama dia Ain. Terima kasih banyak2 ye kawan! ^^
Then sebelum aktiviti dijalankan Dr pulangkan hasil asas grafik minggu lepas punya tu. Kitorang dapat A* (bintang) yeayy! :) Lepastu Dr mintak semua pertahankan hasil asas grafik tu. Kitorang apalagi gelabah biawak la time tu. Dr plak jenis yg rushing, berdetak2 laju jantung macam nak tersembul keluar pun ada haa (kalau sapa yang ada sakit jantung memang pii la kan hahah). Kumpulan kami jadi kumpulan first yg keluar ke depan sebab kumpulan 1 & 2 lambat.
Puas berdebat dapat la 4 markah daripada 5, kira hebat la jugak kan hihi (perasan sendiri sebentar).
Pastu terus Dr bagi penerangan pasal tugasan minggu tersebut iaitu SHOT yg terbahagi kepada 3 iaitu:
1. MUG SHOT
2. MEDIUM SHOT
3. FULL SHOT
Kalau korang nak tau, MUG SHOT tu diambil dari paras dagu ke atas. Xnak nampak leher or bahu ye kawan2. Dan mestila diambil dalam bentuk potrait. MEDIUM SHOT pulak dari paras pinggang ke atas. Pastikan betul2 tau mana bahagian pinggang korang hihi. Sebab kumpulan kitorang dah salah. Ke atas pulak pinggangnya hahah. Seterusnya FULL SHOT yg macam semua sedia maklum full maksudnya penuh. Jadinya gambar dari kaki dan ke atas penuh2 semua hahah.
Dah siap ambil gambar tu kena kecikkan saiz and then masukkan dalam powerpoint pastu kena email kat Dr sebelum jam 1.59 petang. Kalau x, xdak markah naa. Lepas dah send email tu rasa lega wehh :)
Then untuk next tugasan kena bawak lagi kamera & laptop. Agak2 macam kena buat video x? Haihhh!
Banyak lagi nak update ni, tunggu ye! :D
No comments:
Post a Comment