Friday, 31 May 2013

BBM3410 SALAM TERAKHIR~

Salam readers! ^^

Nah tengok gambar sekeping. Tapi ni nampak flawless la sikit kan sebab cina kedai tolong edit dah hahaha.


                                                        NUR A'MIRAH BINTI MOKTAR
                                                                            156701
                                                         Ahli Kumpulan 3: Bidasari Unnie

                                                p/s: Dr. tengok banyak2 kali konfem kenal haha ^^

Dah habis pun kuliah untuk kelas Bahasa dalam Multimedia. Rasa macam x pecaya pulak boleh survive sampai ke akhir kuliah. Walawehh x sangka boleh bertahan dengan keja2 yang banyak dan menstresskan huhu. Tq Dr. Notts sebab latih kitorang keja under stress. Jadi dah biasa ni, Insya Allah senang nak adapt dengan persekitaran kerja nanti. Jasamu dikenang! :)

Masa mula2 Dr. Notts masuk kelas tu kan, ketaq jugak lutut aku ni. Hai macam serius je gayanya. Tapi sekali beliau bercakap, kelakar seyh! Memang bleh buat aku gelak la. Tapi kan muka beliau serius je time buat lawak tu. Mungkin beliau x buat lawak sebenarnya, aku yang terasa lawak sendiri. Tapi semua dalam kelas gelak je. Jadi memang lawak la kan. Apakah asyik tapi je dari tadi?

Beliau kalau bagi keja memang pantas dan tangkas setangkas degupan jantung aku ni. Dah macam rotu je kan. Tapi beliau memang terbaik la. Berikut antara tugasan2 yang beliau beri untuk kitorang buat. Entry sebelum ni dah update, kali ni untuk memutarkan kembali memori2 dulu je. Wuwuwu dah nak abis belajar dah ni. Tinggal 3 minggu je lagi. Sedih sangat. Mesti akan rindu dengan tugasan2 Dr. Notts dan beliau sendiri :(

ASAS GRAFIK



                          Nampak x muka2 bahagia dapat siapkan asas grafik dengan jayanya ^^

VIDEO ONE SHOT

 
                                                                  Selamat menonton ^^

VIDEO SERAM



VIDEO TANPA WAJAH     http://www.youtube.com/watch?v=YT2PuZT9F3U

VIDEO REALITI   http://www.youtube.com/watch?v=GCLAYYenC4A

Maafla ye. Atas sebab2 teknikal dua video ni x dapat dimasukkan. X tahu kenapa huhu. Tapi ada pautannya kalau korang nak tengok nanti ^^



VIDEO PENGAJARAN



Banyak kan tugasan kitorang huhu. Memang x menang tangan la dengan tugasan2 subjek2 lain lagi kan. Tapi subjek ni memang memberikan pengalaman yang indah2 belaka. Kat sini la kita boleh kenal mana kawan yang boleh beri kerjasama dan yang tidak. Betul cakap Dr. Notts, time ni la ada yang bergaduh tarik2 rambut bagai. Eh ada ke?

Terima kasih Dr. untuk kenangan yang indah ini. Kami akan merindui Dr. Notts. Sebenarnya dah rindu pun kat beliau sekejap hehe. Masa Dr. rotate kelas dengan Dr. Arbaie. Semua dah update status rindukan Dr. Notts. Nak datang kelas pun x bersemangat. Mesti klu beliau baca ni dalam hati mesti cakap dengan muka seriusnya, 'baru korang tau' hahaha. Melawak je ek Dr. Tup2 minggu depan beliau yang masuk. Nah ambik kau, gelabah terus. Dengan x ready pape sebab ingat Dr. Arbaie yang masuk kan. Tapi dalam hati happy gler lah.

 Dr. Notts, saya nak buat pengakuan ni. Dalam kelas Dr. la saya dapat keyakinan untuk ke depan. Sebelum2 ni malu2 kucing gitu. Nak bercakap kat depan pun ketar2. Sekarang walaupun ada jugak getarannya tapi saya lebih rileks bila berada di depan dan berhadapan dengan orang. Terima kasih banyak2 ye Dr. Sekarang saya dah bajet macam artis pulak hahaha. Terus-terang, saya pasti akan merindui Dr. Uwaa sedih la pulak. Bergenang dah mata ni, terus menitik pulak air mata ni. Baru nak cover cun.

Buat kawan2 seperjuangan, sedihnya nak berpisah dengan korang wuwuwu. Walaupun hanya 3 tahun kita di sini, banyak kenangan indah yang telah kita cipta bersama. Memori tu akan kekal dalam ingatan aku selamanya. Ya Allah, tinggal 3 minggu je lagi, x sanggup rasanya nak berpisah dengan korang semua. Especially geng MARIPOSA, korang sahabat terdekat dan terbaik aku. Aku sayang korang2 semua. Habih la banjir UPM malam ni dek air mata aku wuwuwu :( Aku sayang adik-beradik Linguistik. Moga lepas ni persahabatan kita semua akan terus berkekalan.

Sampai sini jela entry kali ni. Aku takut Malaysia pulak yang banjir lepas ni.

Sampai ketemu lagi di lain masa ^^





Thursday, 30 May 2013

BBM3410 LAMAN WEB

Salam readers! ^^

Tugasan terakhir untuk kelas amali ialah LAMAN WEB. Yuhhuu akhirnya dapat bernafas lega lepas kena buat poster, kalendar dan powerpoint. Tapi pape pun, pengalaman ni sangat2 berharga dan boleh diaplikasikan pada masa akan datang. Terima kasih Encik & Cik Tutor atas didikan kalian selama ini.

Laman web ni klu korang rasa macam nak buat kan sila la taip www.weebly.com. Kat situ korang boleh bina laman web korang sendiri secara percuma tau. Macam aku kena buat ni la.

Dalam laman web ni ada aku kongsikan perihal diri aku yang serba kekurangan ni aiceh! hahaha. Ada jugak diselitkan cerpen2 yang aku buat sendiri, yang aku kopi pasta, pastu ada cerita2 nasihat, tugasan ilmiah dan aktiviti2 aku sepanjang sem ni. Jemput2 la tengok ye! ^^

penakehidupan.weebly.com